Pages

Ads 468x60px

About This Blog

Blogroll

Second Menu

Blogger templates

Blogger news

Thursday 15 November 2012

Telekung Solat Muslimah

Busana Solat menawarkan kepada anda telekung solat muslimah terpilih dengan material kain yang bermutu tinggi, jahitan dan kemasan yang menarik disamping harga yang berpatutan.

Kepakaran
Telekung solat ini direka dan dijahit oleh pengusaha telekung yang telah lama bergiat aktif dalam penghasilan telekung untuk pasaran domestik dan juga untuk kegunaan jemaah haji dan umrah. Purata bilangan telekung yang dihasilkan adalah sebanyak 20 pasang sehari dan akan bertambah mengikut permintaan.


Saiz
Telekung berukuran standard ini sesuai dipakai oleh muslimah dewasa. Walaubagaimana pun saiz telekung boleh ditambah atau dikurangkan mengikut permintaan pelanggan.


Hiasan Renda Telekung
Telekung solat ini dihias dengan renda yang agak ringkas, kemas, tidak keterlaluan tetapi menarik.


Keselesaan
Material kain ini adalah daripada jersey putih dengan ketebalan yang sederhana ditambah pula dengan jahitan kain dua lapis dengan lapisan dalam menutupi hingga ke bahagian lengan memberi lebih keselesaan kepada pemakainya

Mengapa Telekung Busana Solat?
  • Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan kompetetif
  • Kualiti dan fabrik kain yang terbaik dengan hiasan yang ringkas dan menarik
  • Keselesaan yang maksima 
  • Bahagian muka telekung yang selesa dan kemas
  • Tidak perlu menggunakan anak tudung
  • Bahagian kain diikat menggunakan tali (daripada kain)
  • Sesuai dijadikan sebagai hadiah pertunangan, hadiah perkahwinan, hadiah hari ibu dan sebagainya
  • Pembelian melebihi 2 pasang telekung akan diberi diskaun 5 %
  • Kos penghantaran adalah percuma

Harga Telekung Solat adalah RM60*
Harga Kain (Sarung) Solat adalah RM30*
Harga Telekung & Kain (Sarung) Solat adalah RM80*
*Harga termasuk kos penghantaran

Prosedur Pembelian
Jika berminat hantarkan tempahan anda melalui EMAIL ke ticewani@gmail.com atau SMS ke 0199403486 berserta butir - butir berikut :


  • Setelah tempahan anda diterima, pihak saya akan mengesahkan tempahan anda dalam tempoh 12 jam
  • Tempahan anda akan disimpan selama 3 hari sehingga bayaran dibuat. Jika tidak barang akan dibuka semula untuk jualan
  • Pembayaran anda adalah secara cash deposit melalui akaun Bank Islam yang akan diberi. Anda cuma perlu memberitahu tarikh dan masa bayaran dibuat
  • Selepas bukti pembayaran disahkan barangan akan dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari bekerja

Terma & Syarat
  • Hanya pembeli yang benar-benar berminat dialukan untuk berurusniaga dengan kami bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari
  • Pihak saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang yang dihantar Ini kerana barang yang dihantar telah dipastikan sifat dan keadaannya. InsyaAllah.
  • Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan